Ku Pupuk
Rindu di Mata Senyummu
Dalam usia begini
masih berputik kasih dihati
melihatmu tersedu berjalan
di laluan becak pengkalan pasir
memimpin anak kesedaran
Betapa pedih nun di sudut hati
tidak sempat kukucup kesucianmu justeru
dunia memilikimu di kejauhan tahun
yang membezakan rona warna
hidup di dekad berbeza
Apakah bisa kutulis
cinta dan belas di laman
nurani
untuk di suatu abad mendatang
kita bercanda di langit restu
memadu harapan nan satu
Dalam usia begini
aku menanam maya di hati
agar mungkin kupetik kupupuk
rindu di mata senyummu.
Anonymos
Bkt Tdk
3 Dis 2006
~ ~ ~
Takut kepada cinta adalah
seperti takut kepada kehidupan, dan mereka yang takut untuk hidup seperti
telah tiga per empat mati.
Bertrand Russell (1872 - 1970),
Marriage and Morals (1929) ch. 19
~ ~ ~
BAHAGIA
DI BELAKANG IKATAN SOSIAL
Bait sms itu
semalu kerdipan matamu
semanja bicara manismu
membuat aku terpaku
di kamar waktu
Apakah dikau sama terperangkap
dalam seruling rindu
menguliti mimpi, dan
menggamat bahagia
di belakang teratak ikatan sosial
Haruskah ku bimbit
bunga sedang mekar mewangi
memujuk kalbu
bertemu di laman virtual
membisik kasih
cinta
di dalam pagar bestari
Seruling itu pasti terus bertiup
mengocak langkah bernyawa
menanti suatu
kelahiran baru
di pinggiran pantai impian.
Anonymous
Bt Tdk
Isnin,
4 Dis 2006
~ ~ ~
Semua cinta yang tidak ada
asas persahabatan, adalah seperti istana yang didirikan daripada pasir.
Ella Wheeler Wilcox,
O Magazine, February 2004
~ ~ ~
Terima kasih Kerana Sudi Mu
Terima kasih kerana sudimu
mampir dalam penantianku
melebar senyum di dada waktu
menjeling manja seperti selalu
sedang aku tenggelam dalam tafsiran
yang menuntut makna dari mu
dua puluh empat jam berlalu
semalaman menghantuiku
dengan janji bila bersua
menatap sakinah
dihujung lirikan mata
dengan budimu berbahasa
melerai pilu sebak di hati
Sekalipun ku tau
kita berada di lebuh berlainan
hatimu tetap dihati
dengan hilaimu kubawa berenang
untuk kuharungi lautan panjang
terima kasih kerana sudimu
melayani karenahku yang tiada penghujung
semoga bahagia kau tempuh bersama
keluargamu dan doaku
begitulah jua familiku
di sebalik nostalgia pada pelangi senyummu
saban hari.
Anonymos
B Tdk
Selasa, 6
Dis 2006
(ditulis
selepas hadirmu semalam)