|
~~~~~~~~~~~~~
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan
pula merupakan ubat penawarnya.
Cinta
adalah sakinah. Tatkala engkau memandang wajahnya, ia
memberi sakinah kepadamu.
Suami/Isteri adalah tanggungjawab. Engkau melihatnya dipenuhi dengan
rasa tanggungjawab. ~ Mengabaikan tanggungjawab adalah dosa. Mengalpakan
sakinah bererti sengsara.
~ MHAB, mrsm.
Cinta
ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Perasaan
cinta
itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu
cintai,
cinta
itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Yang
termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar
daripada rasa
cintanya.
Cinta
lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta
-Muttanabi
Cinta
pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Orang yang
menulis surat cinta
itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
Hidup
tanpa cinta
ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
Kehidupan
ini seumpama bunga, maka cinta
adalah madunya -Hamka
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama
cinta.
Cinta
boleh tumbuh dalam madu dan racun
Lelaki itu
prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta
itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan
cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang
diharapkannya. ~ Elizabeth Stoddard
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah
cinta suci itu
Hanya hati yang dapat menilai erti
Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan
Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan
sayang.
Seseorang yang pernah
mengalami kegagalan dalam percintaan,
maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah
pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada
di atas kepala orang lain.
Cinta
adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta
monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta
palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta
materialistik merosakkan jiwa. Cinta
sejati ialah cinta
yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Tiada
kasih yang lebih manis daripada kasih
cinta. Tiada
kasih yang lebih ngeri dari
putus cinta
Cinta
dimulai dengan senyuman,
tumbuh dengan dakapan
dan seringkali berakhir dengan air
mata.
Hidup
kalau tak memakai
cinta tak ubahnya
seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Kata pujangga
cinta
letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi
fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan
hal terbodoh tanpa sedari.
Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Cinta
yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Pabila
cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Bibir tidak perlu berkata ,
bila hati sudah bersuara nada cinta
dan rindu.
Cinta
membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa
cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan.
Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu
cinta tapi sebenarnya bukan.
Ibaratkanlah kehilangan
cinta itu umpama hilangnya
cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Rasa
cinta
itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus
akan membawa pengekalan abadi.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah
dari pemberian semata-mata.
Hiduplah
dengan cinta!
Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat
mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu
atau didalam dirimu.
Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta
membawa
penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Seandainya kamu ingin mencintai
atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
-----------------------
-----------------
© Mohamed Hatta Abu
Bakar, HMD |