|
RAHSIA MATA
WANITA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata
turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat
tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang
tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan
tentang insan bergelar WANITA. Sejauh mana kebenaran tidaklah
diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....
|
SIFAT
MATA WANITA |
SIKAP
WANITA |
|
Saiz mata
kecil |
Peramah, banyak
cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam
kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat
sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya
tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi
kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan
baik. |
|
Saiz mata
sedang |
Sederhana, tidak
banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta
perlukan belaian mesra suami. |
|
Saiz mata
lebar |
Cukup kuat berahsia,
otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang
teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu
syahwat tinggi. |
|
Mata selalu
berkedip |
Pemaaf, senang dibawa
berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini
baik |
|
Mata jarang
berkedip |
Wanita ini istimewa,
bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet,
membantu dan membahagiakan. |
|
Mata
cengkung |
Kurang memuaskan,
materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi
bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak
peduli. |
|
Mata redup |
Wanita ini mudah
dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak
kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh,
pemarah. |
|
Matanya seolah
tersembul keluar |
Sifatnya baik, rela,
tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji,
pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu
syahwatnya. |
Nota
Kamar: Artikel ini
hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan
untuk dipercayai 100%
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini disiarkan sebagai wadah
perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber
"forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel
adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan
kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda
dan di mana pun anda berada.
|