|
Rahsia
Perwatakan Melalui Bentuk Kuku
Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.
Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah
wataknya...
1.Kuku yang
baik, rapi dan indah : Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk
kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan
kuat.
2. Bentuk kuku pendek
tetapi lebar : Biasanya orang
yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap
dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku
yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut
terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja
sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau
ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan
ragu-ragu.
4. Bentuk kuku
sedang dan warna merah sedikit : Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik
dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan
yang tinggi.
5. Bentuk kuku
bersegi tetapi rata : Biasanya
orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan,
tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.
6. Bentuk kuku langsing : Orang yang memiliki bentuk kuku ini
biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa
kesialan dan kurang berwibawa.
7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning : Bentuk kuku seperti ini menandakan
pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh
hidup mulia dengan anak isterinya.
8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang
memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit,
mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal : Biasanya orang yang memiliki kuku yang
seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah
randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka
bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang
memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau
bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan : Biasanya orang yang memiliki kuku yang
seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan
bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku.
Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu
akan memperolehi berkat.
12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut
sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang
tempat.
13. Bentuk kuku
seperti kikir : Bila seseorang
memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan
memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi
bahaya.
14. Kuku yang
banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu
petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga
membawa kematiannya. "
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata
untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%
Disclaimer: Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini disiarkan sebagai
wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari
sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun,
semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan
diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun
diri anda dan di mana pun anda berada.
|