|
Rahsia Warna Kegemaran
Secara Umum
Semua orang mempunyai salah satu jenis
warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna
kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu
secara umumnya?
Warna Biru Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai
pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan
ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam
pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan
perasaan.
Warna Hijau Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong
seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam
dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang
prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang
penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu
memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak
memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam
diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu
orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu
lemah dan bodoh.
Warna Ungu Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu
maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi
masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah
yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam
bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan
menjadi kekasih kamu.
Warna Putih Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang
yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu
kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak
pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan
kamu.
Warna Hitam Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika
kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi
murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan
merebut cinta kamu.
Warna Merah Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering
kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan
diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir
lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah
sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk
dipercayai 100%
Disclaimer: Artikel di dalam
laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber
"forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel
adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan
kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda
dan di mana pun anda berada.
|