|
Rahsia Menambat
Hati Perempuan
-
Perempuan inginkan
perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh
itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai
kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi
seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih
sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang
disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang
nilai-itulah perempuan.
-
Gunakan sepenuhnya
teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau
menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima
mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi
mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu
yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
-
Jangankamu menggunakan
kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan
kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus
terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka
berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu
kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati
mereka.
-
Jangan lupa, mereka juga
ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka
terancam atau tercabar. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat
merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap
sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu
hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam
diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang
timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan
bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat
penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu
juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya
mengapa mereka cemburu. Itu
kerana mereka SAYANGkan kamu!

Disclaimer: Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini
disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini
adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman
ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi
penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut,
walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.
|