|
Rahsia Menambat Hati
Lelaki
Bagaimana anda menambat
hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak
mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal
mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang
harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan
yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai
sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu
ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah
personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan
menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai
anda.
Fahamilah lelaki agar
dia memahami anda
Cuba
memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba
mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan
perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan
budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan
dirinya dengan diri anda.
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah
perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan
itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma
boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri
perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan
seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang
penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding
apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan
menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai
lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini
meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain
percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang
lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak
percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah
pendiriannya.
Menangkan
lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki.
Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek
kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan
kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa
isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya
menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi
porak-peranda.
Sifat
negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap
lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu
banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan
lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian,
walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang
wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami
anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan
sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya
berubah.
Bertanggung jawab
dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya
tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan
tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab
anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak
perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki
defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya
kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan
menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti
anda pula.
Beri kepada
lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi
apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i)
kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa
mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang
terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat.
Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda
berikan.
Tunjuk minat tulin
terhadap lelaki
Dia akan
menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya,
walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun
kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada
anda.
Senyum itu tanda
kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada
lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa
nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat
yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka
pada anda.
Panggillah
lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda
dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan
anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda
sebagai wanita.
Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda
berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga
akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati
lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan
merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih
terhormat.
Dunia
Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.
Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai
wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.
Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah
memahami mereka:
Hidup
lelaki lebih mudah
Lelaki
lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki
sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi,
lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan
secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu
perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang
berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi
antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap
dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan
bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami
lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki
tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk
kata-kata.
Lelaki suka
membisu
Wanita
berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan
mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi
lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa
seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan
makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut
mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag
sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi
sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya,
mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik
sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca
bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak
perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak
melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang
kacau.
Lelaki berahsia
dengan lelaki lain
Tidak
sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang
dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya
dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra
secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan
kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan
kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita
kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak
akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya
menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar
difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut
dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih
memahaminya.
Lelaki tidak
suka dikritik
Jangan
mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah
dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik
di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat
mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga
apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik
mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki
mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila
lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila
menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan
tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu
digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada
wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan.
Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak
seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya
tetap bersama abang…"
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa,
pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan
wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan
ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan
menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa
sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya,
siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan
lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat
faedah, terutamanya yang dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah
kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi
emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih
sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap
manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira,
paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki
berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks
tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu
kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi)
tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi
keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai
kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai
kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang
rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai
hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh
dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi
boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila
keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau
selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak
lelaki.
Lelaki suka
menyelerak
Lelaki bersifat
suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya.
Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada
kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan
sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan
kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah
paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional
memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi
dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki.
Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita
bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap
imaginasinya.
Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu
pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali
mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan
sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang
lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk
mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan
memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki
mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika
hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 2.Mudah jemu
dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan
bosan. 3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai
orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang
dicintainya. 4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu
berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan
kegembiraan kepada dirinya. 5.Tidak percaya kepada lelaki
walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini
disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh
wanita. 6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita
yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh
oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 7.Suka memaksa lelaki
kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan
dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan
memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki
malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya
sendiri. 8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung
mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan
anak-anak. 9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa
memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan
tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka
memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang
dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk
merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki
dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar
wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah
penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal
dicetuskan oleh lelaki.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah
semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya.
Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja
bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh
menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh
menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti
seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang
lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih
yakin untuk mendekati wanita tersebut. 2.Lelaki terkenal dengan
mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi,
apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang
menghairahkan. 3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan
wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya
salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati
seseorang wanita. 4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan.
Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka
berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan
memalukan mereka. 5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah.
Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu
dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali
kedua bila memandangnya.
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki
yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih
mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Disclaimer: Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini
disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini
adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman
ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi
penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut,
walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.
|