|
Rahsia Sifat Lelaki Berdasarkan Pasangan
Pilihan Sally Beck,seorang
pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat kajian pada tahun
1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih pasangan akan
memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri. Sally Beck
telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan mereka
sendiri iaitu:
1. Wanita Gemuk
Lelaki yang memilih wanita
gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya tidak mempunyai perasaan
yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian kepada penghasilan akademik
dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.
2. Wanita Bertubuh
Sederhana
Lelaki yang memilih wanita
yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang suka menikmati atau menghargai
perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sikap tanggungjawab terhadap
kemasyarakatan. Mereka juga tidak mementingkan kepentingan diri sendiri
malah akan cuba sedaya upaya utk memuaskan perasaan pasangannya.
3.Wanita Kurus
Lelaki yang memilih wanita
bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak tetap pendirian pada peribadi
dan kerjayanya.
4. Wanita Berbuah Dada
Besar
Lelaki yang memilih
pasangan yang mempunyai saiz buah dada yang besar adalah lelaki yang
mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan di dalam
kehidupan.
5. Wanita Berbuah Dada
Kecil
Lelaki yang memilih wanita
berbuah dada kecil ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang
bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah keperluan diri mereka.
Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan yang bernas.
6. Wanita Berpunggung
Besar
Lelaki yang memilih wanita
berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai gambaran yang lemah
terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak mempunyai pendirian yang
kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam kesusahan tetapi tidak
mampu menolong diri sendiri.
7. Wanita Berbetis
Besar
Lelaki yang memilih wanita
berbetis besar adalah lelaki yang suka menikmati kepada suasana yang
tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik. Selain
itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.
8. Wanita Berbetis
Kecil
Lelaki yang memilih wanita
berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan. Mereka
tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian
orang lain. Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata
untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100% Disclaimer: Artikel di dalam laman web ini disiarkan
sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber
"forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel
adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan
kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda
dan di mana pun anda berada.
|
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%