|
Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara
Berjalan
Golongan wanita yang
jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau
berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang
berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah,
wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki. Wanita seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini
tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti
ini senang diatur dan diuruskan. Cara berjalan melambangkan
wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual
dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk
menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk
hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli
dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati
wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya.
Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini
hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman
luas. Wanita yang berjalan dengan
gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa
pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu
sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang
lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang
berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita
seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana
wanita ini mudah mengalirkan air mata. Jika berjalan lurus serba
teratur tidak tergesa-gesa, ayun tangannya pendek hingga badannya tidak
bergerak, tidak sering berpaling pandangannya ke
depan.
|
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%