|
Rahsia Keperibadian Di
Sebalik E-mel Seseorang
Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat
emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com . Ia
menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka
berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap
perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak
memperlekehkannya.
Nama
Depan Dan Tengah
Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat
emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama
bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya
sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri.
Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan
pendapat dengan lantang.
Nama Dan Tahun
Contoh: FaraH2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang
yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang
pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa
terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia
tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang
mudah berubah-ubah.
Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya
funny_girlz@yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan
hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana
sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di
sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang
tersendiri.
Nombor Dan
Abjad
Contoh:
wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja. Ia
menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak
lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika
kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam
sahajalah..
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah
sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk
dipercayai 100%
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web ini
disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini
adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman
ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi
penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut,
walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.
|