|
Rahsia Gadis
Mengekalkan Keayuan
1) Menjaga kejelitaan
semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi
menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang
berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.
Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh.
Jangan tidur siang hari.
2) Menjaga suara. Latih diri
bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu
kuat.
3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan
perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta
maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit
hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.
4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa
dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan
buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak
merosakkan kulit.
5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa
bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu
menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak
berangan.
6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan
ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan
berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi
kemas.
7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah
jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.
8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di
atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi,
eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu
digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah
lemah-lembut.
9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan
tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum
tapi untuk tujuan baik.
10)Menjaga mata. Mata janganlah
terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya
kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan
mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati
anda.
11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau
saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal
mungkin.
12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.
Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang
lain.
Nota Kamar: Artikel ini sebagai bacaan untuk menambah
pengetahuan.
Disclaimer: Artikel di dalam
laman web Anna Abadi ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu.
Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails"
dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik
penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik
sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun
anda berada.
|