|
RAHSIA GERAK LAKU MENCERMINKAN
SIKAP
Kadang-kadang kita tidak
menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di
sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.
1.Melindungi atau menutup
mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan
berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin
dengan perkara yang diucap atau cakapkan.
2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang
defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini
juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama
dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza
pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan
kita.
3.Matanya tidak
memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat
pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya,
maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat
pada diri kita.
4.Mata
dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita
ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan
padanya.
5.Mata
berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta.
Kata-katanya tidak boleh dipercayai.
6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat
berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau
kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia
benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih
dekat.
7.Memandang
kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi,
atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu.
Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.
8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke
belakang
Dia bersikap
nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau
memandang rendah diri kita.
9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita
bercakap
Ini
memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita
bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya
tegang.
10.Mencekak
pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini
selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya
memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk
berjaya.
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah
sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk
dipercayai 100%
Disclaimer: Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini
disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini
adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman
ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi
penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut,
walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada.
|