|
RAHSIA FALSAFAH
BUNGA
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk
menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang
memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya
mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi
wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia
yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka
hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!
Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya
sendiri secara semulajadi.
Erti
Ros Bunga ros atau mawar adalah
antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang
perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta.
Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila
disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair
jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan
mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana
kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau
sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang
dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis
bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan
dalam diri kamu.
FALSAFAH
KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH Cinta sejati
dan kekuasaan.
BUNGA
CARNATION Bunga ini comel dan boleh
didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan
mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri
seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan
kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWA Bunga ini
melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI Ia mampu
meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan
sesuatu perkara.
BUNGA
IRIS Ia melambangkan bahawa seseorang
itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami
itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan
kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk
menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan
cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan
perhatian dan kehormatan seperti yang
sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan
tuah.
BUNGA IVY Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri
seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi
seseorang.
KOD WARNA
BUNGA Merah: Perasaan yang
berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin
dilakukan. Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang
diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan. Kuning:
Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang. Putih:
Semangat mementingkan kebenaran. Merah Jambu: Seorang mungkin
sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRAT Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa
jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya
saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam
bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh
dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu.
Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU
TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa
keinginan akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi
tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je
la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal
menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.
|