
# Bacaan ini hanya utk
mereka yg sudah berumahtangga
Apakah tanda di
sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada
tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah
ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat
sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat
sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda
sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan
lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di
sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman
seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia
yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna
tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia
memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2
tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi
tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada
Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan
anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau
sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan
disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini
biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang
bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan
seterusnya....
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan
wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga
sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi
dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam
hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan
wanitanya di dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan
sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda.
Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada
anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si
dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium
pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg
terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami
kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila
suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi
menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada
anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang
sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia
saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu
sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta
sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat
ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari
Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda
dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci
pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan
mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda
begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di
saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa
dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar,
jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih
beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap
anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia
akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung
Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari
kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada
juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa.
Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si
lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja
anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda.
tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma
melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak
boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan
sedemikian tidak seharusnya dilakukan
Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk
menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian
ilmu. Sebahagian
besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman
pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal.
Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar
artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda
berada.