Rahsia Dahi Dan
Personaliti
Bercakap soal dahi ini, tahukah
anda bahawa dengan memandang dahi seseorang
saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri anda! Bahaya kan.. Jadi lain kali
sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannya
sikit. Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku
anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda ingin tahu apa rahsia
yang tersirat mengenai dahi anda tu hah... cubalah baca artikel ini hingga
habis. Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal
pasti dulu bentuk dahi anda tu! Tak susah kan?
Dahi Jendol
(CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan
seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat, orang yang
berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang
cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu
jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting,
apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai
keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya
mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha
mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab
mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti
akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri
mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada
kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia
pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali
dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman
walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah
sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta'
sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang
juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya
rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka
perlukan dorongan!
Dahi
sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan
anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan
kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka
bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang-
sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang
dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'!
Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi
sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran
dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar
mencari pasangan/kekasih!
Dahi
lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan
luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi
membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka
ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja.
Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka
jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan,
boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan
menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang
simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi
bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu
pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti
lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat.
Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan
sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak?
Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap
mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada
kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka
ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi
mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka
juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja
'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula,
tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan
tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan
sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan
mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu
khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia
lagi!
Dahi dengan juntaian anak
rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di
dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka
juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan
hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan
ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam
soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar
bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi
hingga dipergunakan oleh orang lain!
Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata
untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%
Disclaimer: Artikel di dalam laman web ini disiarkan
sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber
"forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun, semua artikel
adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan diberikan
kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda
dan di mana pun anda berada.