|
Rahsia Peribadi Melalui Buah
Kegemaran
Semua
orang mempunyai buah kegemaran masing2. Menurut kajian, manusia mempunyai
hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh2an seperti
buah2an. Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia
iaitu:
1. Jenis limau contohnya
oren, lemon, limau nipis dan limau barli - Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan
sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara
mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan
dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan
pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu
yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat,
namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukkan
masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian
hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila
meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar
bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin
melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.
2. Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan
nanas - Kamu sukakan pengalaman2 yang
baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa
sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu
menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif.
Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu.
Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang
berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar
meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan
diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya
kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada
orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka
mengambil berat dan gemar berseronok.
3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear
- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan
sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang
kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu
bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak
mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam
keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak
bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan kamu
adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar
mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan
kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi
kamu dalam setiap yang kamu lakukan.
4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
- Seorang yang murah hati dan gemar
menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya
kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam
memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu
memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang
romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan
dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.
5.
Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi,
blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
- Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka
menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu
seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan
sesiapa sahaja sebagai teman. Bercita rasa unik hinggakan makanan yang
menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain
daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya
kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan
personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu
yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan
kamu seorang yang berpesonaliti.
6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan
lain2 - Seorang yang moody. Kekadang
mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian
kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil
dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan
sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam
percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2
hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu,
seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan
mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan
kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini
membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.
7.
Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi
kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala2nya
melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga.
Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu
miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan
menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu
dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu
alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan
kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang
mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri
kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang
lembut.
Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak
semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang
mempunyai keperibadianya tersendiri.
|