|
Rahsia
Air
Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi.
Air merupakan sebahagian drpd alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam
petua orang2 tua. Sebahagian drpd petua orang2 tua yang mudah & boleh
dikuti oleh kita semua.
1. Amalkan byk minum air masak suam.
Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali
sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga
berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi
ini.
2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan &
jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya
2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt
mengelakkan kita dpd perut buncit.
3. Elakkan dpd mandi malam.
Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga
mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.
4.
Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka.
Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat
pd kulit.
5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air
diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
6. Utk
menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang
semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan
harinya.Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.
7. Selain dpd air
biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd
timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg
kedua.
8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan
minum airbilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari
berturut2.
9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air
bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman.Dikatakan bhn organik pd air
bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.
10. Utk meredakan
demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang
hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah
panas akibat demam atau pening kepala akan reda.
11. Air juga
merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi &
mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara
boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung
sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt
mengelakkan suara dpd pecah.
12. Utk awet muda pula, bila
mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki & naik sehinggalah
ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus
diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala & jantung bila
terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.
Selamat mencuba
& semoga ianya bermanfaat utk kita semua.
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian
ilmu. Sebahagian
besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman
pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal.
Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar
artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda
berada.
|