|
Rahsia Personaliti
Dari Kiraan Tarikh Lahir
Tarikh lahir kita
menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.
Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu
kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal
Contoh: 12 April 1974 12 + 4
+ 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi
nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor
lahir
1.
Ketulenan
- Hadir dengan idea baru. -
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik
diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi
yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja
sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan
pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara
terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd,
Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka
selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi
sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak
suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka
sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka
patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan
perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3.
Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra,
romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan
sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang
lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk
mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. -
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih
realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody
Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan
tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang
rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya
tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja
keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. -
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala
dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis. - Secara
semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko
serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan
kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah
mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain
difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini
dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta
yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte,
Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang
kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga
seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang
terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara
serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan
apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang
mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7.
Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima
sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak
mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa
yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan
sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka
gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi
penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. -
Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia
mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia
sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess
Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian
masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai
yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan
yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. -
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka
tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu
belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang
mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George
Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan
orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. -
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap
asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami
mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah
dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai
nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya
golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley
MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah
sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk
dipercayai 100%
Disclaimer:
Artikel di dalam laman web Anna Abadi ini disiarkan sebagai wadah
perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari
sumber "forwarded emails" dan kiriman pengunjung laman ini. Namun,
semua artikel adalah hakmilik penulis asal. Dari itu, setinggi penghargaan
diberikan kepada pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapapun
diri anda dan di mana pun anda berada.
|