|
Rahsia Personaliti
Diri
Personaliti yang wujud dalam diri kita
adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah.
Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk
kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg
terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita
dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan
kajian dalam bidang psikologi.
a) Personaliti
Periang Seseorang yang periang akan mudah
bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain
itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka
biasanya:
1. berasa selesa
apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain 2.
lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk
sendiri atau berfikir dengan idea sendiri 3. lebih suka
berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat
keputusan sendiri 4. lebih banyak bercakap dari mendengar 5.
berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah 6. gemar dengan
aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain 7.
Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam Bersifat: 1. lebih suka menyendiri 2. sanggup
melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai 3. mudah
merasa diketepikan dalam keramaian 4. lebih suka memikir dan mencari
penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian 5.
menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan
seseorang atau sesuatu 6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji
dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa Bersifat: 1. mahu jawapan yang pasti dan tepat 2. suka
kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang
banyak 3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum
bertindak 4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah
berhadapan dengan perkara remeh temeh 5. lebih suka melakukan sesuatu
dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu 6. kurang mempunyai
firasat
d) Peramal Sifatnya: 1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu
masa 2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan
bijak mengenalpasti peluang baru 3. tidak suka melakukan kerja yang
remeh temeh 4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang
menggunakan ilmu tersebut 5. sering memberi jawapan berbentuk
umum 6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang
sama sepanjang masa 7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam
perbincangan 8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti pemikir Bersifat: 1. mudah mengingat nombor berbanding dengan
wajah dan nama orang 2. sering bertenang wpun dalam suasana yang
menyebabkan orang lain panik 3. yang penting dia mestilah benar setiap
masa 4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah
mengkritik 5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja
peribadi 6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat
keputusan
f) Personaliti
sensitif Bersifat: 1. sering mmbayangkan
diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah
simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain 2. dalam
membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg
orang lain rasa dan bukan apa yang betul 3. suka menolong orang lain
walaupun tahu mereka dipergunakan 4. tidak gemar menyampaikan berita
buruk kepada orang lain 5. akan melakukan apa saja untuk tidak
melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang
lain
-----------------------------------------------------------------
Disclaimer: Artikel di dalam laman
web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar
artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails" dan kiriman
pengunjung laman ini. Namun, semua artikel adalah hakmilik penulis asal.
Dari itu, setinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar
artikel-artikel tersebut, walau siapapun diri anda dan di mana pun anda
berada.
|