Rahsia Di Sebalik Tulisan
Tiap manusia ini mempunyai
corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru
tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada
perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar
mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya.
Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah
ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak
tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu
tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat
sementara saja.
[Tulisan
berubah-ubah]
Ada orang
yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi.
Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah.
Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada
sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia
sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah
dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang
yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan
lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka
dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini
tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh
dipengaruhi oleh orang lain.
[Kecondongan tulisan]
Tegak
- Sekiranya tulisannya itu tegak
saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul
dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat
keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke
kanan - Orangnya bersikap terbuka
sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga
sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa
juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin
dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang
lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa
perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu
lama!
Condong ke kiri
- Dia ini seorang yang sensitif
walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah
sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga
yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di
kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini
seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya!
Cayalah!
[Saiz
tulisan]
Besar -
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang
lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan
dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang
memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil -
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan
bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif
dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat
tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan
dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam
tindakannya.
Semakin
kecil - Ha.. ini pula membawa
maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan
rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan
dirinya. Kata orang, bohong sunat!
[Bentuk tulisan]
Lebar
- Ia menandakan bahawa dia seorang
yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan
pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi
nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati
teman-teman.
Tulisan
kurus - Ternyata dia akan
melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya
saja.
Tulisan bersegi
empat - Otak matematik rupanya dia
ni.
Tulisan bulat
- Ini menandakan dia seorang yang
suka bergaul dan penyayang.
Bersambung -
Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai -
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya
saja!
[Jarak
tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh,
bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan
dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau
bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya
itu.
Tulisan
rapat - Memang mudah untuk
berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran
terbuka.
[Ruangan di
tepi] Perhatikan ruang yang
ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka
surat itu adalah sama besarnya
-Itu bermakna dia seorang yang berfikiran
optimistik.
Ruang
muka surat sebelah kiri kecil -
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif
sebenarnya!
Ruang
muka surat kanan kecil -
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang
sewajarnya.
Penuh
satu muka surat - Ternyata dia
seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh
dikongsi bersamanya.
Nota Kamar:
Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%