| Vitamin dan
zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh
manusia
dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan yang sihat. Keperluan vitamin dan mineral ini
lebih jelas bagi orang dewasa. Badan kita memperoleh vitamin dan mineral daripada makanan yang kita ambil
seharian.
Sains
telah mengenalpasti berbagai jenis
vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Untuk
memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak
dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy
of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily
Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana
ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan
mineral oleh badan. RDA juga menetapkan kadar yang berlainan
mengikut usia dan jantina.
Kita
digalakkan mengambil makanan yang berzat dan mencukupi. Dengan memakan berbagai
jenis makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan
bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur
mungkin memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada
makanan tersebut.
Tanpa
jumlah zat galian dan mineral yang mencukupi, kita
cenderung mendapat sakit. Justeru,
sekiranya anda berasa anda tidak mendapat bekalan yang
mencukupi dari makanan harian, anda boleh bertanya kepada
dokotr yang mungkin menyarankan supaya mengambil tambahan
vitamin dan mineral. Anda boleh mendapatkan vitamin dan
mineral ini di Farmasi tanpa preskripsi dari
doktor.
BILAKAH KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL
Sakit
demam adalah simptom yang membantu kita mengenal sama ada
kita mempunyai cukup vitamin dan mineral dalam badan.
Tetapi kita juga boleh merujuk kepada doktor untuk
membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan
mineral yang sepatutnya.
Secara
umumnya, terdapat beberapa keadaan
di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.
 |
Apabila
anda disahkan kekurangan vitamin dan
mineral. |
 |
Wanita mengandung dan
menyusukan bayi. |
 |
Bayi pra matang. |
 |
Penyakit yang disebabkan
oleh kekurangan zat makanan. |
 |
Kegagalan buah pinggang
yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya
penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana
memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam
galian yang lain. |
 |
Selsema/flu, di mana
vitamin C dapat membantu proses penyembuhan. |
 |
Bagi vegetarian yang
mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan
mengalami kekurangan vitamin B12. |
KESAN
SAMPINGAN
Ramai yang menganggap
bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila
diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih
baik. Sebenarnya apa saja yang diambil secara berlebihan
pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga
halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan
yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam
keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.
Umpamanya,
dilaporkan bahawa vitamin larut lemak jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam
aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai
paras kepekatan yang tinggi.
Vitamin A yang diambil
secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya,
cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera
makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah
gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh
menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa.
Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan
kulit bertukar warna oren kekuningan dan bagi wanita
mengandung menyebabkan kecacatan.
Vitamin D yang diambil
berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium
pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang.
Ia juga merencat tumbesaran pada kanak-kanak.
Berlebihan dalam
pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan
zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya.
Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan
kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyababkan
batu karang dan merosakkan buah pinggang.
Zat besi yang berlebihan
pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan
mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing
manis.
Pengambilan potasium/sodium
menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan
jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.
PERHATIAN
Sebelum mengambil
sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda
untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah
daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini
kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan
mineral tersebut.
Harus
diingat. Vitamin dan mineral
tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan
tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai
satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan
kita. |