e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan Media Alternatifn

Homeopathy Malaysia  - Info Perubatan  Alternatif: Vita Mineral

VITAMIN C  ( Ascorbic Acid )   RDA  60 mg.

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.
FUNGSI

Vitamin C (ascorbic acid) ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stres dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting, dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi.

Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan kolagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 


SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C, ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan.  Vitamin C diperolehi daripada  buah-buahan dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk buah beri, sitrus, asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air.  Kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy (gusi bengkak dan berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia

Sumber rujukan: ttp://moodpro.tripod.com/infoubat

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005