e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan Media Alternatif

Homeopathy Malaysia  - Info Alternatif: Vita Mineral

VITAMIN B6  ( Pyridoxine )   RDA  2 mg.

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.
FUNGSI

Vitamin B6 ataupun pyridoxine diperlukan bagi pembinaan asid amino. Ia adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 


SUMBER
Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi jumlah Pyridoxine yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, hati, keju, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempeh. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Kegelisahan.
Depressi ( rasa tertekan).
Penyakit kulit.
Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
Anemia.
Sawan, pada bayi.

Sumber rujukan: http://moodpro.tripod.com/infoubat

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005