|
Sumbangan Media Alternatif
Homeopathy Malaysia - Info Alternatif: Vita Mineral |
VITAMIN B2 ( Riboflavine ) RDA 1.7 mg.
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
|
FUNGSI |
|
Riboflavin
adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah,
penghasilan
antibodi,
pernafasan sel, dan
tumbesaran. Ia melegakan
keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan
katarak. Ia juga
membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan
protin. Bersama dengan vitamin A, ia
memelihara dan
memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.
Riboflavin juga
memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit,
kuku dan rambut ; mengurangkan
masalah kelemumur ; dan
membantu
penyerapan zat besi dan vitamin B6.
Pengambilan
riboflavin dalam jumlah yang mencukupi sangat penting ketika
mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan
fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak
menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. |
|
|
SUMBER
|
|
Kandungan tinggi
vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut:
keju,
putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam,
biji-bijian, dan
dadih
(yogurt). Lain-lain sumber termasuk
asparagus,
avocado, kubis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau,
kulat, kacang dan selada air.
|
|
|
KEKURANGAN
|
|
Kekurangan
vitamin B2 boleh menyebabkan :
|
| > |
Keletihan,
lemah badan. |
| > |
Bibir
merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut. |
| > |
Lemah daya
penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya). |
| > |
Gatal kulit,
pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
|
| > |
Lemah daya
penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap dalam
tindakbalas mental. |
|
|
Sumber rujukan: http://moodpro.tripod.com/infoubat
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |