e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan Media Alternatif

Homeopathy Malaysia  - Info Alternatif: Vita Mineral

VITAMIN B12  ( Cyanocobalamin )   RDA  6 ug.

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.
FUNGSI

Vitamin B12 (cyanocobalamin) adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.  Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.


SUMBER
Vitamin B12 ini didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan, susu dan hasilnya, telur, daging, dan ayam/itik. Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan:
Keletihan, lemah badan.
Megaloblastic anaemia.
Sakit mulut dan lidah.
Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
Gangguan mental dan emosi.
Anemia (kurang darah merah)

Sumber rujukan: http://moodpro.tripod.com/infoubat

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005