|
Sumbangan Media Alternatif
Homeopathy Malaysia - Info Islam |
VITAMIN B1 ( Thiamine ) RDA 1.5 mg.
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
|
FUNGSI |
| Vitamin B1 atau
Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan
karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu
memelihara sistem
saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap
sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu
bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan
vitamin B2 dan vitamin B3. Oleh yang demikian pakar makanan akan
mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B
complex atau lain-lain multivitamin tambahan. |
|
|
SUMBER |
| Vitamin B1 boleh
diperolehi daripada gandum atau
hasil gandum, kacang pis, kacang,
dan tepung yang diperkayakan. Selain
itu, ikan, kacang tanah, dan
daging adalah
sumber-sumber yang kaya dengan vitamin B1.
|
|
|
KEKURANGAN |
| Kekurangan vitamin
B1 boleh menyebabkan : |
| > |
Keletihan, lemah badan, hilang
selera makan. |
| > |
Kegelisahan, gangguan tidur. |
| > |
Beriberi, iaitu sejenis penyakit
"metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku
lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan
jantung. |
| > |
Sakit pada bahagian abdomen. |
| > |
Sembelit |
| > |
Gangguan mental atau emosi. |
|
http://moodpro.tripod.com/infoubat/
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |