|
Sumbangan Media Alternatif
Homeopathy Malaysia - Info Islam |
VITAMIN A RDA 500 I.U
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
|
FUNGSI |
|
Vitamin A
adalah
salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah
satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna
dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur. Ia boleh
ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain
dalam keluarga vitamin A.
Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran, tulang dan gigi yang kuat
bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan
struktur gigi yang sihat. Antara fungsinya ialah untuk kesihatan
tisu epitelium di mana ia membantu memelihara kulit yang sihat
dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman
dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga
menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di
mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan
jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan
bakteria dan virus merbahaya. |
|
|
SUMBER |
|
Tomato, lobak
merah, susu, dan
hati adalah di antara sumber
semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat
pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu
tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat
di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak
makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang
mengandungi vitamin A.
Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan
vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan
vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam
hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana
pengambilan vitamin tersebut adalah rendah. |
|
|
KEKURANGAN |
| Kekurangan vitamin
A boleh menyebabkan
>> Pertumbuhan
terbantut. Lemah daya tahan badan, dan ini akan lebih
terdedah pada jangkitan.
>> Pesakit mungkin
mengalami lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun
malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju
pada mata putih. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang
selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia
iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakan teruk pada
kornea mata yang boleh menjadi buta.
>> Juga Xeroftalmia (sejenis penyakit yang
menyebabkan kornia menjadi kering. |
Sumber rujukan: http://moodpro.tripod.com/infoubat/
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |