|
Sumbangan Media Alternatif
Homeopathy Malaysia - Info Perubatan Alternatif:
Vita Mineral |
POTASSIUM
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu
Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
|
FUNGSI |
|
Potasium diperlukan untuk
mengekalkan imbangan cecair badan,
khususnya air. Membantu menghantar isyarat saraf,
pelepasan insulin, dan kontraksi otot.
Kekurangan potasium bukanlah
sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang
banyak, makan makanan yang di kilang, pengambilan diuretik dan
meminum air yang banyak akan menyahkan potasium daripada
badan kita.
Mereka yang mengambil
diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab
hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi
kandungan potasium kerana banyak jenis diuretik yang
menyebabkan kehilangan potasium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik,
makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal,
boleh menyebabkan kekurangan potasium. |
|
|
SUMBER
|
|
Potasium wujud hampir pada
semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat
dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan
buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potasium
dapat menambah pengambilan potasium. Buah-buahan yang kaya
dengan potasium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur,
jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya
dengan potasium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis,
kacang, kacang pea dan tomato.
Lain-lain sumber potassium
yang baik ialah hasil susu dan
daging termasuk daging lembu,
kambing, ayam dan ikan. Juga bijirin. |
|
|
KEKURANGAN
|
|
Kekurangan potassium boleh menyebabkan : |
|
|
Kurang selera makan |
|
|
Keletihan, lemah
otot-otot badan. |
|
|
Tekanan mental, denyutan
jantung tidak normal. |
|
|
Kulit kering, tekanan darah
rendah. |
|
|
Sembab, terdapat protin
dalam air kencing, dan kejang otot. |
|
|
Mengantuk
dan koma (dalam kes ekstrim) |
|
|
Sumber rujukan:
ttp://moodpro.tripod.com/infoubat
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |