e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan Media Alternatif

Homeopathy Malaysia  - Info Perubatan  Alternatif: Vita Mineral

KALSIUM (Calcium)  RDA 1000 Mg.

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.
FUNGSI
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

SUMBER
Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik.  Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.

KEKURANGAN
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :
Kejang otot pada muka , tangan dan kaki.
Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur.
Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa.

 

Sumber rujukan: ttp://moodpro.tripod.com/infoubat

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005