Sepintas
Lalu
Jadual Kehamilan
Dua minggu
pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan
walaupun kehadiran bayi belum dikesan.
28-hari
kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di
antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.
Minggu
ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan
kebengkakan dalam payu dara.
Minggu
ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan.
Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian
kehamilan positif.
Minggu
ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk
hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini
perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih
hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa
loya.
Minggu
ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru
tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat
juga discaj cair dari dinding faraj.
Minggu
ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan
menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.
Kecenderungan
keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat
progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan
pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan
bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh
menyebabkan perubahan mood juga.
Pada minggu ke
12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah
wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang.
Kemudian ibu akan
ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah
berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.
Minggu ke
17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5
kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga
perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi
kehamilan.
Pada waktu ini,
semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung.
Uterus terus-menerus membesar.
Bagi sesetangah
ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos
juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu
melawat.
Sebaik saja ibu
masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana
uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada
minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari
kedua payu dara.
Semasa
minggu ke
35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur
yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat
badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi
memastikan progres dan kedudukan bayi.
Sesetengah
wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada
minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu
terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan
berterusan. Bila tiba pada minggu ke
40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.