|
Pendarahan
dalam tempoh kehamilan merujuk kepada pendarahan yang keluar
menerusi faraj (vagina) semasa mengandung.
Walaupun
anda tidak perlu rasa takut dan keliru bila darah keluar ketika sedang
hamil, jangan sekali-kali mengambil mudah. Beri perhatian serius dan
perhatikan simptom yang timbul bersama, seperti kemungkinan krem.
Adalah
penting bagi anda untuk memahami sebab-sebab timbul pendarahan ketika
hamil. Anda juga wajar segera menemui doktor, pengamal berpengalaman
atau ke hospital supaya nasihat yang wajar dapat diberikan.
Pendarahan
semasa mengandung ini selalunya terjadi dalam trimester pertama
kehamilan, tetapi biasanya anda masih boleh terus mengalami kehamilan
yang normal sehingga bersalin.
Keguguran biasanya menjadi faktor utama yang lazim kepada
pendarahan ketika hamil. Ini bermakna kalau anda mengalami pendarahan
dalam tempoh yang dimaksudkan di atas, ada kemungkinan ia menjadi
tanda kepada keguguran. .
Ada sumber
memaklumkan bahawa 50% daripada mereka yang mengalami pendarahan
vagina mungkin akan mengalami keguguran.
Walaupun
dilaporkan 15-20 % kehamilan membawa kepada keguguran, tidaklah ini
bermakna bila darah keluar melalui faraj mesti membawa kepada
keguguran.
Saranan Rawatan
Homeopati |