|
Antara
tanda-tanda awal kehamilan ialah rasa loya dan muntah-muntah.
Kehadirannya lazim dikesan sekitar minggu ke 6 seseorang mengandung.
Rasa loya
dan mabuk boleh timbul bila-bila masa, siang atau malam. Bagi
kebanyakan wanita, simptom-simptom ini mula hilang sekitar minggu ke
12 kehamilan. Ada wanita sekadar mengalami rasa loya tanpa muntah.
Tapi ada yang mengalami kedua-duanya sekaligus.Anda tidak harus
bimbang jika menghadapi masalah ini kerana ia adalah normal dan tidak
menjejaskan anda dan bayi.
Namun jika
anda mengalami muntah-muntah yang teruk serta tidak dapat makan
secukupnya, ia boleh memberi kesan yang kurang elok untuk kesihatan
anda dan bayi. Baik bagi anda jika dapatkan nasihat dan rawatan segera
dari doktor moden atau pengamal rawatan alternatif berpengalaman.
Kurang
pengambilan makanan berkhasiat boleh membawa kepada kekurangan nutrien
dan ketidak-seimbangan galian dan mineral dalam tubuh.
Saranan Rawatan Homeopati |