E - ARTIKEL 2008  :  Homeopath's Corner.  HOMEOPATHY    

 

ISU KEHAMILAN

   
   pregnancymorningsickness  pregn_weightgain  gestational-diabetes-diet   girl  breast-changes-during-pregnancy  4mmonthspg  6month  BB02  bleeding_pregnancy  Pregnant_Doctor  BB01     
 

BERAT BADAN - DALAM TEMPOH KEHAMILAN

   
                   
 

Menjaga kenaikan berat badan yang sihat memainkan peranan penting semasa hamil. Anda boleh memperoleh jumlah berat yang diperlukan semasa hamil dengan cara mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika ini dapat dilakukan, maka anda dan bayi dalam kandungan akan mendapat semua nutrien yang diperlukan. Selaras dengan itu, tumbesaran bayi juga akan berlangsung pada kadar yang sihat.

Kenaikan berat badan semasa mengandung selalu bergantung kepada berat dan ketinggian anda sebelum hamil. Walau apapun, apa yang harus diberi perhatian ialah kenaikan berat badan itu tidak patut terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Jika tidak, ia mungkin memberi kesan kurang baik kepada kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Jumlah kenaikan berat badan yang disaran semasa mengandung sewajarnya seperti berikut. Jika berat badan anda sebelum hamil cukup sihat berdasarkan ketinggian anda, maka anda memerlukan pertambahan berat sekurang-kurangnya 11 - 16 kg.

Sebaliknya sekiranya anda mengalami kekurangan berat sebelum hamil, pertambahan berat badan wajar diperoleh sekitar 12.5 - 18 kg. Atau kalaulah berat anda berlebihan berbanding ketinggian anda sebelum hamil, memadailah dengan kenaikan 6.8 kg.

Tetapi tentulah berat badan yang lebih lagi (spt 16 - 20.4 kg) wajar diperoleh sekiranya anda bakal menimang cahaya mata kembar.

Harus diingat, kenaikan berat badan yang dimaksudkan harus berlangsung secara perlahan-lahan dalam tempoh kehamilan.

 

Saranan Rawatan Homeopati

 

     
       

Copyright: HBI YSI.